ADSENSE MELAYU   Making Money With Adsense

Buat Kerja Jika Ingin Jana Duit Adsense

Ramai orang bercerita tentang cara menjana duit dengan Adsense. Ada juga orang yang menjual ebook tentang rahsia menjana duit Adsense. Kenapakah orang berlumba-lumba untuk menggunakan Adsense? Ya tentu sekali kerana cara ini adalah cara yang paling mudah untuk menjana duit. Dengan iklan Adsense, anda tidak perlu menjadi mahir tentang internet. Tetapi sedikit kemahiran dan alatan atau tools yang berupa software akan membantu anda untuk meningkatkan peluang anda menjana duit Adsense di internet. Tanpa tools atau software yang sesuai, anda mungkin tidak dapat menggunakan artikel yang anda dapat secara percuma kerana untuk menjadikannya sebagai isi blog atau laman web anda, beberapa perkara perlu diedit terlebih dahulu. Selain itu, anda juga perlu memastikan laman web anda tersenarai di tangga teratas (good ranking) search engine. Jika tidak tiada sesiapa yang akan melihat laman web anda kecuali anda, kawan-kawan dan keluarga di rumah anda.

Kalau kita baca artikel di internet memang ramai orang yang telah berjaya untuk menjana duit dengan Adsense, tetapi tahukah anda bahawa mereka ini bukan berjaya dengan mudah. Kerja keras tentunya kemestian selain daripada tools atau software yang sesuai. Tanpa tools ini mereka tidak akan berjaya seperti sekarang.

Contohnya ialah saya sendiri, sebelum ini saya telah membina beberapa blog, dalam Bahasa Inggeris pula tu dan juga laman web ini (mula-mula dulu templatenya tak seperti ini - hodoh, tak profesional dan tanpa logo). Tahu berapa banyak duit Adsense berjaya saya jana? Hanya RM1.07 sahaja. Hosting setahun RM150, Sewa streamyx RM77 sebulan dan talian telefon RM30 sebulan. Teruk bukan. Tetapi setelah mendapatkan tools yang agak murah daripada internet (pelaburan saya untuk beli tools tak sampaipun RM200), saya dah mula mengubah laman web ini. Saya juga telah membina beberapa subdomain dengan menjadikannya laman web untuk menjana duit adsense dan ………… baru-baru ini saya berjaya menjana duit Adsense sebanyak $50.12.

Sebab bagi saya kalau orang lain boleh berjaya, tentu sekali kita pun boleh menjana duit dengan hanya mengiklankan iklan yang disediakan oleh Google Adsense tanpa menjual apa-apa produk. Oleh itu saya cadangkan agar anda mendapatkan tools yang sesuai untuk menjamin pulangan wang anda. Kami di internetduit.com sedang membuat promosi PRODUK/SOFTWARE dengan harga berpatutan pada ketika ini. Produk ini adalah merupakan tools asas yang perlu digunakan di laman web anda jika anda benar-benar ingin menjana duit di internet. Tidak kiralah nak jana duit Adsense atau nak jual produk.

JADI anda mungkin tertanya-tanya bagaimana hendak menjana duit Adsense ini?

Konsepnya mudah sahaja. Anda sebagai penulis atau webmaster akan kod yang disediakan oleh Google Adsense dalam laman web anda. Tapi tentu sekali setelah anda mendaftar dengan Google Adsense. Setiap kali laman web ini diakses, kod tadi akan menarik iklan-iklan daripada program Google Adsense. Iklan yang diletakkan di dalam laman web anda perlulah ada kaitan dengan isi kandungan laman web anda untuk memastikan anda mendapat iklan Google Adsense bersesuaian. Jika tidak, ruang tempat anda meletakkan skrip java program Google Adsense tadi akan terbiar kosong. Saya cadangkan jika anda membina laman web Bahasa Melayu, gunakan iklan Adsense jenis LINK sahaja. Tiada ruang kosong akan terpapar. Malah Google akan meletakkan butang carian iklan (dalam B.Melayu) untuk pelawat anda.

Tapi kini anda dah tiada masalah untuk mendapatkan iklan Adsense dalam Bahasa Melayu atau Indonesia. Terdapat banyak iklan dalam kedua-dua bahasa itu. Walau bagaimanapun anda hendaklah pandai menggunakan kata kunci/keyword yang betul dan ada kaitan dengan isi kandungan laman web anda.

Jadi kalau anda nak dapatkan iklan dalam Bahasa Melayu, masukkanlah isi yang ada kaitan dengan produk di Malaysia. Contohnya, jika laman web anda adalah berkenaan dengan model telefon Nokia, atau Motorola, maka anda akan mendapat iklan-iklan yang berkaitan dengan Nokia atau Motorola. Begitulah juga jika laman web anda berkaitan dengan penyedia perkhidmatan telefon seperti Maxis, Digi atau Celcom, maka iklan yang ada dapat tentulah berkenaan dengan produk mereka. Kalau Maxis, tentulah talian pascabayar Maxis, Hotlink dan talian 3G Maxis. Apabila seseorang pelawat atau prospek klik pada iklan di dalam laman web anda, anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk duit daripada enjin pencari (Google) yang dibayar oleh pengiklan.

Enjin pencari (google), akan menguruskan semua bentuk pengiklanan dan bayaran Google Adsense kepada anda. Dalam erti kata lain anda hanya perlu menyediakan laman web, menulis atau memasukkan isi yang berkualiti atau sesuai dan mula menjana duit. Jadi jangan bimbang tentang macam mana nak dapatkan komisen dan sebagainya kerana ia akan dilakukan oleh enjin pencari. Ini bermakna anda tidak akan pernah kekurangan pengiklan untuk diiklankan di laman web anda.

Jadi tunggu apa lagi. Seperti yang saya katakan tadi walau banyak manapun laman web yang memaparkan iklan Google Adsense untuk menjana duit, ia tidak akan menggugat anda. Apa yang penting ialah isi kandungan laman web anda perlulah menarik, berkualiti dan berfaedah kepada pelawat.

http://janaduitadsense.internetduit.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home