ADSENSE MELAYU   Making Money With Adsense

SEO Untuk Adsense

Jika anda telah menggunakan AdSense di laman web, tentunya anda berasa perlu mencari cara untuk menarik trafik yang banyak ke laman web anda untuk mendapat klik dan seterusnya menjana duit adsense yang banyak. Tapi masalahnya ialah bagaimana untuk melakukan ini?

Ok. Sebenarnya apa yang perlu anda lakukan ialah melakukan beberapa kerja teknikal agar laman web anda disenaraikan di ranking teratas search engine bagi topik yang berkaitan dengan laman web anda.

Percaya atau tidak ini merupakan satu teknik, lebih dikenali sebagai enjin pencarian pengoptimuman atau hanya SEO (Search Engine Optimization) . Di sini saya sertakan beberapa tips yang boleh digunakan untuk menaikkan rangking laman web anda di search engine.

Perkara pertama yang anda perlu jaga adalah kod sumber sebenar dan susun atur (layout) muka surat anda. Ini perlu dilakukan semudah yang boleh. Masalah yang timbul apabila AdSense dan enjin-enjin pencari mereka mula berhadapan dengan masalah-masalah dalam mengeluarkan kuncikata paling relevan di laman anda lantaran susunatur yang terlalu kompleks.

Keduanya, cuba pastikan setiap satu halaman anda mensasar satu topik khas sahaja. Dengan cara ini adalah lebih mudah bagi setiap muka surat di laman web anda diindex dan untuk iklan-iklan AdSense menjadi konsisten dengan isi kandungan di laman web itu sendiri.

Dan, cuba jangan memasukkan terlalu banyak hyperlinks dalam muka surat laman web anda. Ini juga bermaksud anda harus berusaha untuk tidak menggunakan terlalu banyak iklan AdSense di muka surat anda.

Jika ada sesetengah kata kunci anda hendak sasarkan, pastikan perkataan yang anda mahu sasarkan itu ada dalam tajuk muka surat laman anda, di perenggan pertama serta nama fail muka surat itu. Untuk mengukuhkan lagi kuncikata ini, anda perlu juga memasukkannya di perenggan akhir sesuatu muka surat. Selain itu, ia adalah amat penting untuk anda memiliki kandungan asli dan menarik perhatian. Bagaimana boleh anda melakukan ini? Baik cara termudah untuk melakukannya ialah dengan mencari sesuatu anda betul-betul minati. Dengan cara ini anda dapat menulis isi kandungan yang hebat untuk sesuatu muka surat yang berkaitan dengan topik yang anda pilih.. Jika kandungan yang anda masukkan ke dalam muka surat tersebut anda perolehi daripada Public Domain (tidak digalakkan), pastikan anda mengekalkan tajuk asalnya dan menulis sendiri perenggan pendahuluan dan penutupnya.

Ini mengambil sedikit masa, tetapi jika, setelah menanti, anda masih tidak dapat mencari muka surat anda di ranking teratas, anda harus cuba menulis semula tajuknya dan perenggan pertama dan terakhirnya. Ia tidak memerlukan banyak kerja, kadang-kadang dengan hanya mengubah beberapa perkataan anda akan mendapat hasil yang berbaloi. Dan tentu sekali penggunaan alat-alat kata kunci boleh membantu anda dalam mencari kata kunci yang baik untuk dimasukkan di muka surat anda yang akan memacu pelawat ke laman web anda.

Jadi itulah beberapa teknik asas SEO yang anda perlu anda lakukan untuk menjana duit Adsense. Anda boleh mencari beberapa peralatan komputer untuk membantu anda dalam melakukan ini, dan tentunya Google adalah sebuah tempat yang hebat untuk mencarinya.

Akhirnya, tentu anda akan dapati bahawa SEO adalah satu topik yang kompleks, dan banyak buku telah ditulis mengenai topik ini. Anda mungkin dapati banyak optimization yang anda perlu lakukan ke atas laman web anda termasuklah semua muka surat yang berkaitan agar mendapat pelawat yang ramai dan seterusnya menjana duit Adsense.

http://janaduitadsense.internetduit.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home