ADSENSE MELAYU   Making Money With Adsense

Tip Adsense - Hari Pertama

Baiklah. Mari kita bermula. Apa yang anda perlu tahu mengenai Google Adsense jika ini adalah hari pertama anda? (Untuk yang sudah pakar, soalan ini mungkin membosankan). Namun begitu, saya akan bermula dari bawah. Dari peringkat asas hinggalah ke peringkat lebih tinggi. Dari pencarian keyword hinggalah cara-cara menarik trafik. Lagipun, kita perlu tahu mengenai bagaimana sesuatu sistem perniagaan itu berfungsi sebelum kita sendiri menceburkan diri dalam bidang perniagaan tersebut. Oleh kerana itu, saya merasakan pengenalan terhadap Google Adsense ini sangat penting.

Ada baiknya juga kita mengenali dahulu serba-sedikit mengenai Google Adwords kerana hubung kaitnya yang begitu rapat dengan Google Adsense. Tiada Google Adwords, tiadalah Google Adsense! Kalau hendak dibuat perbandingan mudah, Google Adwords ini umpama pembekal dan Google Adsense pula adalah pengedar dan penjual.

Apa itu Google Adwords?

Google Adwords adalah satu program yang ditaja oleh Google Inc. untuk membolehkan para pengusaha internet melakukan promosi laman web mereka melalui ruang-ruang iklan yang disediakan oleh Google. Ruang-ruang ini boleh kita lihat pada hasil enjin carian Google ataupun pada laman-laman web atau blog yang menyertai program Google Adsense. Pengusaha-pengusaha internet ini akan membayar sejumlah wang kepada Google bagi membolehkan iklan-iklan mereka keluar di ruang-ruang yang saya sebutkan tadi. Daripada bayaran inilah pihak Google mendapat keuntungan. Sebagai memudahkan tatacara, mereka ini kita gelarkan mereka ini sebagai “advertiser” iaitu orang yang mahu mempromosikan produk mereka. Mari kita lihat contoh melalui gambar di bawah (sila klik untuk gambar yang lebih besar):

Anda dapat lihat beberapa kotak yang telah saya tandakan dengan warna-warna yang berlainan. Kotak berwarna hijau adalah kata kunci yang pelayar-pelayar internet gunakan untuk mencari sesuatu maklumat. Kotak yang berwarna ungu pula adalah senarai hasil carian biasa atau kita gelar juga sebagai organic listing. Kotak yang menjadi perhatian kita pastinya kotak yang berwarna merah. Inilah iklan-iklan daripada advertiser melalui Google Adwords. Ramai yang salah faham dan menyatakan bahawa ini adalah iklan Google Adsense. Tanggapan ini tidak benar sama sekali.

Advertiser-advertiser ini sanggup membayar Google Inc. dengan sejumlah harga semata-mata kerana mahukan laman web mereka lebih menonjol dan seterusnya dapat menarik lebih ramai pengunjung (trafik). Lebih banyak pengunjung yang masuk, maka lebih tinggilah peluang mereka membuat sesuatu jualan melalui laman web ataupun blog mereka tersebut.

Jikalau begitu, apa pula Google Adsense?

Google Adsense adalah satu lagi program lain tajaan Google Inc. Ianya adalah program yang berlainan dengan Google Adwords tetapi mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sesiapa yang menyertai program Google Adsense bolehlah kita katakan sebagai pengedar dan penjual. Mereka ini kita gelar sebagai “publisher”. Jika kita menyertai Google Adsense, ini bermakna kita adalah publisher iaitu pihak yang membenarkan mana-mana iklan tersebut untuk keluar dalam laman web ataupun blog yang kita bangunkan. Sesiapa pun boleh menyertai program ini dengan syarat, mereka punya laman web ataupun blog. Itu sahaja.

Bagaimana publisher boleh mendapat keuntungan?

Publisher boleh mendapat keuntungan sekiranya ada daripada pengunjung tersebut melakukan klik pada iklan-iklan Adwords yang keluar pada laman web ataupun blog mereka. Pada hari ini, saya yakin bahawa anda dapat melihatnya di mana-mana tanpa perlu saya tunjukkan sebarang contoh lagi. Selalunya anda akan dapat melihat iklan Google Adwords ini pada bahagian atas, sisi kanan dan juga pada ruangan kaki laman web ataupun blog mereka. Sekiranya anda melakukan klik pada iklan-iklan tersebut, tuan punya laman web ataupun blog tersebut akan dibayar mengikut klik yang mereka perolehi. Inilah yang menyebabkan Google Adsense dipanggil sebagai program Pay Per Click (PPC).

Oleh kerana mereka membenarkan Google Inc. meletakkan iklan-iklan advertiser mereka ke dalam laman web ataupun blog mereka, maka setiap klik ke atas iklan tersebut akan dibayar oleh Google. Perumpamaan mudahnya, kita menyediakan ruang untuk orang lain meletakkan barang yang mereka ingin jualkan di “kedai” kita, jika ada yang membeli, kita mendapat komisyen. Jelas?

Berapa harga yang mereka bayar untuk setiap klik?

Itu bergantung kepada berapa harga kata kunci yang kita sasarkan. Sebagai contoh, jika kata kunci yang kita sasarkan adalah “credit card” maka anggaran pendapatan kita untuk satu klik adalah seperti dalam gambar di bawah:

Lihat pada kolum Estimated Avg. CPC. Ia adalah kolum yang menunjukkan anggaran yang boleh kita perolehi bagi setiap klik. Setiap satu klik yang kita perolehi melalui iklan Adwords yang bersaing untuk kata kunci “credit card” (jika iklan itu keluar pada laman web ataupun blog kita) akan dibayar sebanyak $ 11.86. Mudah bukan? Itu baru sahaja satu klik. Kalau anda berjaya mendapat 10 klik pada satu hari, berapa pendapatan anda?

Namun begitu, jangan terpedaya. Ia tidaklah semudah yang anda sangka. Banyak lagi perkara yang belum dirungkaikan. Ini baru permulaan sebagai pengenalan. Teruskan bersama saya lagi untuk tip adsense yang seterusnya.

Artikel Asal

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home