ADSENSE MELAYU   Making Money With Adsense

Tip Adsense - Pendahuluan

Maka hari ini, saya ingin mengumumkan dengan rasminya bahawa saya akan memulakan tutorial Adsense yang saya janjikan kepada pembaca-pembaca setia MalayDilemma di dalam kolum “Tip Adsense” esok. Mungkin topik ini sudah kedengaran terlalu biasa bagi pelayar-pelayar internet dan mungkin juga anda semua sudah muak mendengar perkataan Google Adsense. Tetapi saya yakin, saya akan membawa kelainan kepada anda. Ini kerana apa yang akan saya terangkan kepada anda adalah langkah demi langkah bagaimana menjana wang melalui Adsense bermula dari hari pertama sehinggalah ke hari yang seterusnya. Ya! Anda akan dibimbing mengenai Adsense dari hari pertama tentang apa yang sepatutnya anda tahu sebelum anda bermula (ramai yang tidak berjaya dengan Adsense kerana mereka telah tersalah langkah sejak mula lagi).

Jesteru itu, saya percaya bahawa kolum “Tip Adsense” ini akan menjadi ruangan yang sangat-sangat berguna kepada mereka-mereka yang baru sahaja ingin bermula dengan Adsense. Bagi yang sudah pakar pula, ia boleh dijadikan medan untuk kita bertukar-tukar pendapat. Dari hari ke hari, saya akan memberikan kepada anda tip-tip yang sangat-sangat berguna yang diguna pakai oleh ramai pakar Adsense tetapi tidak dikongsikan pula oleh mereka melainkan jika hanya anda membeli eBook mereka. Malah saya juga sebenarnya mengambil risiko untuk “dibenci” oleh mereka kerana berkemungkinan besar, apa yang akan saya dedahkan melalui kolum “Tip Adsense” ini akan menggugat penjualan eBook mereka (banyak rahsia yang akan saya dedahkan di sini).

Namun tidak mengapa. Selagi anda terus-terusan menyokong saya dari belakang, saya berjanji untuk menyampaikan hanya yang terbaik kepada anda.

Berbalik kepada kolum “Tip Adsense”, saya akan menggunakan beberapa rujukan untuk dijadikan sumber maklumat. Antara rujukan yang saya gunakan adalah seperti:

1. Adsense Secret v4.0, daripada Joel Comm.

2. Adsense Domination Secret, daripada Liz Tomey.

3. Adsense Gold, daripada Jonathan Leger.

4. Adsense Manifesto, daripada Roy Oron dan Maayan Marzan.

dan yang ke lima dan tidak asing lagi,

5. Jana Wang Adsense daripada Ahmad Munawwar Rahmat.

Nota: Senarai rujukan yang saya kemukakan di atas diambil hanya setelah saya membuat perbandingan dengan lebih 30 eBook berkenaan Google Adsense yang pernah saya baca. Anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan kualiti maklumat yang disampaikan dalam eBook-eBook tersebut kerana semuanya telah disaring terlebih dahulu.

Akhir sekali, maklumat-maklumat yang saya dapat daripada kelima-lima rujukan di atas akan saya gaulkan mengikut pemahaman dan pengalaman saya sendiri.

Sebelum saya terlupa, ingin saya ingatkan kepada anda supaya jangan terlalu ghairah untuk membeli sebarang eBook berkenaan Adsense hanya kerana surat jualan pada laman web mereka menjanjikan bermacam-macam keuntungan kepada anda. Selidiki dahulu kualiti eBook, servis dan yang paling penting, kejujuran penjual eBook tersebut. Ini kerana saya secara peribadi pernah banyak kali terkena dan tertipu dengan eBook-eBook seperti ini dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anda.

Artikel Asal

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home